Saturday 1 October 2011

Lebih 3000 murid tidak mampu belajar; Salah Siapa?

Ingatkah kita kisah beberapa murid tahun 6 yang dihalang dari menduduki peperiksaan UPSR yang keluar dimedia cetak.

Bagi pak cik jika benar apa yang dikhabarkan oleh media cetak tersebut, apa yang dilakukan oleh pihak sekolah tersebut mungkin dianggap keterlaluan kerana pihak sekolah tersebut ibarat menutup bangkai dengan daun kering tapi pihak sekolah tersebut mungkin ada rasionalnya.

Pak cik tak nak sentuh siapa yang salah dalam perkara ini namun pak cik ingin meluahkan sesuatu yang mungkin dianggap sebagai pencetus idea sahaja.

Keratan akhbar hari ini;

sumber: kosmo online

Lebih 3000 orang murid sekolah rendah di seluruh negara. Fuuuyoooooo satu bilangan yang ramai, dan ingat ini hanya anggaran sahaja dan mungkin bilangan lebih ramai jika satu kajian menyeluruh dilakukan.

Pak cik sememangnya tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana pak cik sendiri telah melalui satu fasa pengalaman semasa latihan mengajar tempoh hari mengenai kemungkinan penyumbang kepada permasalahan ini. Apa yang pak cik dapat berbincang dengan guru-guru yang lebih senior ialah tugas-tugas guru tidak terikat hanya dengan mengajar, masalah murid itu sendiri dan juga bagaimana untuk mengekalkan 'roh' guru sepanjang puluhan tahun perkhidmatan.

Pak cik agak terkilan mengapa bila timbul permasalahan ini, guru dan pihak sekolah adalah pihak pertama yang akan dihentam oleh kita? Bukannya ibu bapa atau masyarakat sekeliling?

Pak cik nak kongsikan sebab anda boleh menuduh guru dan pihak sekolah dianggap punca utama:

1) Guru bermasalah dan tidak bertanggungjawab. Pak cik agak terkilan apabila segelintir sekolah hanya memfokuskan kepada subjek-subjek 'komersial' dan tidak memandang serius kepada subjek lain. Pernah suatu ketika dimana murid setahun penuh tidak diajar Kajian Tempatan, Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik. 

Murid terdiri dari pelbagai latar belakang dan kecerdasan pelbagai yang berlainan. Justeru sekiranya guru menidakkan hak mereka terhadap pembinaan jati diri, pengembangan emosi dan sebagainya bagaimana murid ini akan wujud dalam keadaan yang dikehendaki negara iaitu dalam konteks Modal Insan?

2) Guru hanya memandang murid perlu capai keputusan peperiksaan yang 'mengagumkan' dibandingkan dengan murid tersebut faham akan apa yang dipelajari. Pak cik bercakap atas fakta, cuba kita turun ke sekolah-sekolah luar bandar dan analsis jawapan mereka di bahagian subjektif atau (B) kertas Sains. Agak megecewakan. 

Bahagian berikut pak cik nak bagi sebab mengapa kita boleh menyalahkan ibu bapa dan masyarakat:

1) Ibu bapa terlalu mengharapkan sekolah akan membentuk anak mereka. Mereka lupa bahawa sebahagian besar tanggungjawab mereka ialah datang dari mereka sendiri. Salahkah pak cik katakan ini? Cuba lihat berapa ramai ibu bapa akan meluangkan masa menyemak kerja sekolah, memperuntukkan masa untuk anaknya belajar, memberikan semangat bukan sekadar buku sahaja, memberikan imbuhan sekiranya anak mereka menunjukkan perkembangan dan lain-lain lagi.

2) Berapa ramai ibu bapa akan memastikan perkembangan sosial dan rohani anak-anak mereka ke arah positif? Anak-anak muda mudah terjebak ke arah tidak baik disebabkan oleh pengaruh rakan-rakan. Pernah ibu bapa mengajak anak-anak solat bersama?

3) Masyarakat sekeliling khususnya MELAYU hanya akan memandang seseorang apabila berjaya pakai kereta berkilat, rumah besar, kerja besar, gaji besar dan bini besar. Haha. Tapi pernahkah bangsa ini melihat bagaimana bangsa Cina bertindak? Persatuan Cina menyebabkan mereka kuat, bayangkan bagaimana mereka menyumbang kepada sistem pendidikan sekolah Cina. Buka mata dan hati anda sekarang.  Kita? Kumpul harta untuk diri dan bukan untuk pembangunan anak bangsa sendiri,

Bangsa MELAYU hebat bila berkata-kata, bila orang lain tinggi sikit dari mereka mulalah busuk hati.


4) MELAYU hanya pada nama. Kalau kita kaji kembali kisah terdahulu atau sejarah, Melayu adalah satu bangsa yang rajin dan kreatif sehingga rumpun Melayu di nusantara disegani. Kini mereka disegani dengan mat-minah rempit, hiburan, berlagak samseng, dan banyak lagi. Banggakah kita? 

Disebabkan wujudnya masalah sosial ini, anak-anak muda akan terjebak dan masalah ini akan berterusan dalam satu rantaian yang tidak berkesudahan. Satu generasi akan menjangkiti satu generasi yang lain.

Bagi pak cik kalau kita nak bunuh pokok, bunuhlah dari pangkal sehingga keseluruhannya. Pahamkan?

Kesimpulan rentetan kes lebih 3000 murid sekolah rendah mempunyai masalah untuk belajar walaupun normal, kita tidak seharusnya meletakkan beban kepada guru dan pihak sekolah sahaja namun kaji apa peranan ibu bapa dan khususnya masayarakat sekeliling.

Setiap perubahan membawa suatu pembaharuan yang ketara. Kini kita tidak mampu untuk membetulkan masalah secara keseluruhannya namun kita mampu untuk melakukan suatu pembaharuan peringkat demi peringkat. 

Generasi muda aset negara, gagalnya mereka maka akan lahir golongan yang "bijak pandai berkata" sahaja.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: