Saturday 29 October 2011

Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan: Part 1

Assalammualaikum w.b.t...

Aduhai seminggu lebih juga pakcik tak menulis, bukan pe memandangkan cuti Perayaan Deepavali menyebabkan pakcik dapat bercuti selama lebih kurang sembilan hari dan peluang keemasan ini menyebabkan pakcik akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke negeri Jelapang Padi Kedah dan Perlis Indera Kayangan. (Selama 22 tahun hidup ini, ini pertama kali menjejakkan kaki kedua-dua negeri ini..Malu je kan). Bukan pe plan nak merayap taun depan tapi malas la pulak, pergi je la siap-siap sem ni kan.

Pengalaman pakcik bermula dengan kunci kereta di tangan mula dipulas. Ye la pertama kali akan melalui kawasan lebuhraya Timur-Barat (ye ke namanya???). Nak dipendekkan cerita pakcik menggunakan kereta yang didaftarkan pada tahun 1998 maknanya pakcik ni agak berusia sedikir berbanding kereta yang berusia tu kan, ditambah pula dengan kehebatan enjin 4G13P maknanya 1.3 standard gaban (aduhai merangkak naik bukit), dengan jantung karburator, ditambah kebangangan pakcik melaram rim sukan 15 inci (memang agak berat) ditambah kepoyoaan ekzos saga kebal diadun bersama ramuan empat orang manusia termasuk pakcik. Bermulalah adegan yang agak menyeksakan. Chantek!!!

Setelah keringat dipaksa sehingga ke tahap maksimum maka pakcik pun berjaya menjejakkan kaki ke puncak bagi banjaran Titiwangsa ini (ye kot yakin je la)...Haha bangga tak??? Padahal kengkawan dari utara dah biasa dah dengan jalan ni, ha biarlah da ini pengalaman pakcik kan...haha

Ini la kereta kebal yang dimaksudkan pakcik...banyak sejarah kereta ni sehingga separuh daripadanya adalah basikal pakcik...
Pertama kali sampai di puncak ni, pakcik dah mula jatuh hati dengan tempat ni...kan bez kalau dapat berkayuh kat tempat ni...

Bertemu la kengkawan, so pe lg amek je la gambar diorang...kang kecik ati lak kan...
Bersama Si Gemok yang bajet Kacak yang menumpang kereta pakcik, hamek ko...
Dua orang clasmate pakcik nak jugak interprem, x pe la masuk je la korang kan..ni  Kak Dayah n Peka Izumi...Ish wat semak je...haha

Nak dijadikan cerita adalah seorang insan yang bernama Paed @ Gemok @ Boboi yang telah menceriakan kereta kami sepanjang perjalanan berkenaan... Bukan apa dia ni banyak idea yang mengarut so agak ceria dan bergelak tawa jugak la...Thanx Gemok sebab jadi radio kat kereta pakcik kan!!!

Turun je dari puncak tadi maka perut pon mula menderita kelaparan. Ha ape lagi singgah lah kami di Kari Kepala Ikan Saleem (kalau tak salah ejaan la kan). Dengan penuh kebulornya pakcik pon amek la makanan ini yang berharga RM4.00. Perghhhhh...Alhamdulillah  agak berbaloi-baloi jugak la kan. Ayam memang bapak besor orang kata. Kalau buat baling dekat penyamun kompem terbaring jugak penyamun tu kan...

Nasi + Ayam goreng + Kuah campur-campur = RM 4 je...murah la tu kan
Memandangkan perjalanan masih agak jauh, setelah siap je makan kitorang mula mengatur langkah untuk bergerak ke Alor Setar dan pengakhirannya di Kodiang, Jitra. Fuhhhh. Ujan petang-petang ni menyebabkan kabus mula menyelubungi kawasan ini. Pakcik da la paling lemah drive dalam ujan, redah je la kan.

Ha nampak kan kabus ni. Tebal kot tapi orang kata ni biasa lagi, pakcik mana la tau sangat kan.
Setelah berhempas pulas dengan kesejukan malam ditambah kesejukan aircond kereta ni, sampai la kami di R&R Gurun. Maka dah sejuk-sejuk ni, makan la lagi kan. Hehe. Menu Pau + Teh tarik + Nasi Lemak + Ayam Goreng = RM1.50 (sebab yang lain orang belanja, mekasih kengkorang ye). Murah rezeki korang kan...pakcik juga yang kenyang kan...hehe

Pakcik bersama si Gemok di R&R Gurun


Pau yang mempunyai macam bijirin kat luarnya, fuhhh sedap ni...tak tau berapa sebab rumet pakcik yang payungkan...

Nasi lemak + Ayam tajaan seorang classmate pakcik..tenkiu2...air tu orang lain punye ye...
Perut dah kenyang dan mata dah layu, perjalanan diteruskan untuk menghantar si Gemok dan juga Kak Ngah @ Farah pergi ke Alor Setar. Sebenarnya tak de ape-ape yang bez tapi disebabkan si Gemok ni banyak mengarut maka agak bez la jugak.Haha.

Di pengakhiran Part 1 ni kami melantak di rumah kak ngah tapi tak ambil gambar pula. Gila ke kang apa kata mak die kan, da la datang makan pas tu nak amek-amek gambar lak. Ade kena halau kang. Dah tu makan je la senyap-senyap. Juadahnya ialah Ketam masak cili api, Udang goreng pedas, Daging masak hitam, ikan goreng dan nasi. Mak aih kenyang tak hengat. 

Siap melantak apa lagi pakcik dan rumet pon bergerak la ke Kodiang, Jitra. Gambar pon tak de, da malam kan tak kan nak bergambar gak lagipon mata da ngantok la sesangat.

Ok sekoyan sahaja Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan:Part 1 nantikan Trebelog Cuti-Cuti Jelapang Padi - Indera Kayangan:Part 2 pula ye nanti yang penuh dengan aksi dramatik lagi mendebarkan. Wokeh sekian sahaja, as salam....

Insan yang  sedang belajar

Osman. Z

No comments: