Thursday, 6 October 2011

Biarkan Dia Pergi...

Assalammualaikum w.b.t...

Penulisan pak cik kali ni macam nak bertulis-tulis kosong je la. Herm...tadi masa duk lepak-lepak sensorang tetiba pak cik terpikir tentang benda ni. Tah la nape la asyik terpikir je benda ni la. Tentang perasaan, mesti semua ada pengalaman kan.

Cuba kita bayangkan situasi ni. Satu hari kita nak belilah jam tangan ni kan. Kita suka sangat jam tangan ni tapi masa tu duit kita tak cukup. Apa kita akan lakukan?

Ada yang akan kata tak pe la duit ni ada kepentingan lain. Biarlah mungkin lepas ni kita akan jumpa jam lain yang sesuai dengan kemampuan. Ada yang mula berjimat dan akan mengumpul duit sebab nak beli juga jam tu. Banyak lagi kan kita akan lakukan untuk dapatkan jam tesebut.

Tapi itu adalah benda yang tiada nyawa, tiada perasaan dan tiada akal. Bayangkan kita ada perasaan kat seseorang dan mungkin tak kesampaian. Sama ada belum 'ngorat' da rasa tak de harapan atau da bertahun bercinta ke akhirnya tak jadi. Tak pe jangan gundah gulana, ingat laki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Mungkin ada yang lebih sesuai dengan dia kan.

Semua manusia baik kan dan siapa nak jadi jahat. Tak pelah mungkin dia berhak untuk orang yang lebih baik dari kita kan. Biarlah dia pergi.

Fikir satu benda yang positif, semua manusia dalam dunia ini berhak untuk berubah. Lambat atau cepat kebanyakan manusia akan berubah. Siapa kita untuk jatuh hukum manusia itu baik atau tidak kan.

Kalau dia bukan untuk kita tak pe lah, serahlah segalanya kepadaNya. Dia lebih mengetahui dari apa yang kita ketahui kan.

Akhir kata dari pak cik, bagi yang sedang mencari kalau sampai satu masa korang rasa da tak leh gi da. Biarlah bukan jodoh kita. Bagi yang dah kecewa anggap la dia bukan untuk kita. Memang susah dan ambil masa tapi biarlah ia pergi dengan cara yang lebih baik.

"never ever regret with something happen in the past but learn something from it. Life must goes on"

Insan yang sedang belajar

Osman.Z


2 comments:

Bella Bell said...

ye.. gua paham apa yang lu cakap.. gua redha.. cuma mungkin mengambil masa untuk gua lupakan si dia.. pape pun gua ucapkan terima kasih kat lu.. :)


thnx kawan.. ^____^v

Osman Z. said...

x pe bro, gua pon de mslh so alang-alang mneyeluk pekasam...gua bg la kat kawan-kawan jugak kan

beyeh....