Saturday, 15 October 2011

From Bukit Keluang to Lata Belatan...Here we come...

Assalammualaikum w.b.t...

Aduh bila pakcik check2 tadi rupanya da lama pakcik tak menulis, bukan apa. Pakcik kehabisan idea, banyak juga buat draft tapi bila nak post macam tak jadi pula. Susah pula sebab nak jadi penulis ni kena banyak membaca cik Kiah oi.

Hari ini pakcik bersama geng-geng Pengajian Sains melayan la aktviti biodiversiti. Fuyoooooooooooo. Menarik gila woiiiiii.  Banyak la juga kenal tumbuh-tumbuhan (ha nampak cam bakal cikgu Sains tak???hehe). 


Jejak kasih bertemu dengan kawan lama a.k.a mentor pakcik...rindunya nak berkayuh semula...;(




Tapi pakcik tak leh lupa tadi terjumpa geng basikal dulu-dulu. Mentor pakcik sebenarnya, tu sedih la jugak terpaksa bersara awal kan. Tak pe lah redha ngan semua ni.

Sebenarnya program Biodiversiti ni akan dijadikan pengalaman kang macam mana nak bawa kat budak-budak pula. Hape-hape pon intipati penulisan tak seberapa pakcik kali ini nak mengisahkan travelog Dari Bukit Keluang ke Lata Belatan. Lepas setel je program tadi tu beberapa antara kitorang terus plan nak mandi dekat lata, memang plan macam tu je dan pergi koboi je orang kata. Haha. 


Janji layaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnn.

Masa nak balik ekspedisi Biodiversiti tadi, lepak dulu bergambar.

Pemandangan dari atas batu kat salah satu port di Lata Belatan


Best juga pergi Lata Belatan ni. Tak jauh mana pon tapi parak juga la minyak keta pakcik tu, keta pon kuat gila makan minyak. Hadui. Pape pon sampai sana je pe lagi berendam badak la, sejuk nya menusuk kalbu. Cewaaaahhhhh.


Selipar je tinggal, yang lain ghaib

Ha sampai je hamek ko, tinggal selipar je. Dah macam tak pernah jumpa air seumur hidup kan. Haha. Korang-korang ni kan. Tak pe yang penting jaga tatasusila, jaga diri korang la ye kan.




Syok je pakcik layan perasaan atas batu ni, rasa nak tido je atas ni tau.

Masa duk berendam tu, pakcik terfikir macam mana la batu-batu besar tu boleh terbentuk. Serius kalau pembaca pergi ke Lata Belatan cuba-test-try-tengok dan jelajah sampai ke bahagian atas-atas lagi. Cantik sangat susunan batu-batu besar ni. Dulu pakcik jelajah sampai ke atas lagi takut la juga sebab tak de orang.


Setelah keras kejung, balik la weh. Eh bergambar la kejap kan.


Gambar terbaik sepanjang zaman ni.hahaha..suka-suka

Ha kenangan kita bersama, jap lagi tinggal setahun je. Mintak-mintak da kerja nanti kita akan gila-gila macam ni jugak kan. Pakcik nak mintak hampun maaf kalau de tersalah silap ye kawan-kawan. Biasa la sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sekelas kan. 


Kang bila da posting semoga kita dapat reunion dalam keadaan yang sama jugak kan. Mana tau pakcik bawak anak bini kang terkejut tengok kegilaan kita tetap sama.


Ha sebenarnya sebelum ini ada juga pergi sekelas ke Lata Belatan ni, tapi masa tu pakcik jadi tak de mood pulak. Adui kepada yang berkaitan tu pakcik mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki. Pakcik masih bersalah sampai sekarang bila memikiorkannya.

Ok sekian sahaja penulisan pakcik bagi travelog Dari Bukit Keluang ke Lata Belatan ini. 


"Lihatlah alam ciptaanNya dan kaji supaya kita dalam golongan hambaNya yang tahu erti bersyukur"

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

4 comments:

Bella Bell said...

gambar aku tak banyak...

Osman Z. said...

nama pon blog pakcik, kalau blog kamu penuh la ye gmbarnye...hahaha..jgn marah

Sukebukezine said...

oo00o0oooo

Osman Z. said...

hape yg panjang bebeno oooooooooooooo nye encik chek???