Monday 10 October 2011

Tips Kuruskan Badan Secara Sihat

Assalammualaikum w.b.t...

Sedang pakcik online sambil membaca-baca tup-tup terpandang la perut pakcik ini. Dulu slim je sekarang da boroi la sikit, aduhai penat menjaga dulu. Tak pe la janji setakat ni pakcik sihat lagi dan perlahan-lahan la nak slimkan perut tu.

ha ni bukan perut pakcik ya!!!


Sekarang pakcik nak kongsikan tips kuruskan badan secara sihat:

1) 

ikutlah kadar makanan yang sihat dan seimbang
Makan secara berhemah dan seimbang. Ramai di antara kita yang cuba menahan makan semata-mata nak kuruskan badan. Ada juga yang makan makanan yang kononnya tidak menggemukkan seperti snek ringan la apa la. Salah semua tu. Caranya korang makan secara berhemah dan seimbang. Makan adalah penting untuk membekalkan tenaga kepada aktiviti kita. Kita bukan tumbuhan yang boleh hasilkan makanan sendiri maknanya kita kena makan lah kan.


2) 

Mulakan diari hidup anda dengan bersukan


Bersukan adalah satu cara yang baik. Dengan melibatkan diri dengan bersukan, kita akan lepaskan tekanan, selain keluarkan peluh, tingkatkan motivasi diri, menghubung hubungan silaturahim, malahan kita akan melatih jantung kita supaya lebih kuat dan kawalan pernafasan kita. Pakcik ada satu kisah seorang lelaki ini dia menderma darah dalam masa 8 minit sahaja. Serius bagi yang suka bersukan ini memberikan anda kelebihan semasa menderma darah dan kebiasaanya jantung akan mengepam darah dalam kuantiti yang banyak. Lagi satu fakta ialah kebiasaannya orang yang bersukan akan lebih tenang dalam suatu situsai yang membahayakan kerana mereka akan membentuk koordinasi dan kemahiran mengawal yang tinggi. Itulah sebabnya bila nak kemalangan lelaki akan lebih tenang dari perempuan.

3) 


  
Berbasikal merupakan antara sukan berintensiti tinggi


Tadi pakcik menyatakan dengan bersukan kita mampu menguruskan badan kan. Ok tips ini pakcik nak ceritakan mengenai jenis sukan yang berintensiti tinggi. Sebagai contoh berjogging dan anda ubah kepada latihan seorang pelari jarak jauh atau marathon. Latihan yang dilakukan atlet ini banyak meningkatkan prestasi mereka disamping melatih daya tahan kardiovaskular yang tinggi. Berbasikal juga antara sukan yang akan menyebabkan anda akan turun berat badan disamping melatih daya tahan kardiovakular dan kekuatan mental serta strategi. Hoki, ragbi dan bola sepak juga permainan yang melibatkan anda berlari, melatih daya tahan kardioaskular, mental dan strategi berpasukan. Bagi yang berminat untuk berpeluh sakan Squasy merupakan sukan yang agak sesuai dengan anda. Walau apa pun sukan yang anda ceburi pastikan anda memanaskan badan, bermain pada kadar yang tinggi, pastikan pada masa yang lama, berdisiplin dan mempunyai jadual.

4) 
Inilah rupanya, ada masa lihat dan kaji la ye


Kebiasaannya mereka yang aktif bersukan akan mengalami suatu kesan iaitu mereka akan makan pada tahap yang banyak. Memandangkan sukan menggunakan tenaga yang berbentuk dari karbohidrat, pemecahan glikogen dan lemak. Maka sebagai timbal balas penggantian semula harus dilakukan. Sama la macam isi minyak kat kereta da nak habis kita akan isi lagi. Sekarang luangkan masa untuk mengira jumlah tenaga yang anda perlukan. Caranya dengan lihat label di luar bungkusan makanan anda. Ini adalah amat penting supaya anda dapat mengembalikan tenaga untuk tubuh badan dan lebih peka terhadap apa yang diambil supaya bersesuaian dengan keperluan fizikal anda.

Ok sekian sahaja tips dari pakcik dalam penulisan yang tidak seberapa kali ini. Semoga pembaca mempraktikkan ya.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: