Sunday 2 October 2011

Siapa kita untuk menilai tetapi kita yang perlu untuk bertindak

Assalammualaikum w.b.t...

Ramai menyatakan bahawa permasalahan sosial adalah suatu rantaian permasalahan yang semakin berlarutan. Pak cik tidak nafikan bahawa permasalahan ini adalah suatu permalahan yang 'sudah lapuk' sedangkan semasa ditemuduga dulu pak cik cuba menimbulkan permasalahan ini untuk dibincang bersama penemuduga tersebut. Namun jawapan mengecewakan dari penemuduga yang menyatakan isu yang dibawa pak cik adalah suatu yang 'sudah lapuk'.

Pembaca yang budiman, pak cik percaya separuh atau lebih dari pembaca tidak pernah melalui satu zaman gelap dalam hidup. Mungkin kerana pembaca dijaga rapi oleh ibu bapa atau pembaca berasal dari sekoloh berprestasi tinggi. Bagi pak cik sesiapa yang berasal dari sekolah biasa dan luar bandar adalah individu yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada permasalahan ini.

Kali ni pak cik nak kongsi tentang mat minah rempit

Mungkin ramai tidak cuba menyelami siapa mat minah rempit. Ramai menyatakan bahawa mereka  ini adalah sekumpulan manusia yang tidak mempunyai kewarasan berfikir seperti manusia normal kerana mereka membawa diri ke arah yang memudaratkan. Ye ke sampai tahap macam itu? Siapa kita untuk menilai tanpa mengkaji?

Ok di sini pak cik akan memperihalkan siapa golongan manusia ini. Golongan ini adalah mereka yang kurangnya kesedaran dan obses kepada kegiatan bermotosikal sehingga keterlaluan. Kebanyakan remaja akan mula terjebak apabila mula memasuki ke sekolah menengah dan faktor utama ialah pendedahan aktiviti tidak sihat ini ialah dari apa disekeliling mereka. Sama seperti bayi kita cenderung untuk mengikut dengan apa yang dilihat kan? 

Bagi yang baru mula berjinak mungkin berlagak hero dengan motor cabuk dan yang paling ekstrem akan mula terlibat kepada penyalahgunaan bahan, curi motor dan seks bebas. Tidak semua yang terlibat sebegitu namun kebanyakan adalah begitu.

Cuba luangkan masa malam minggu keluar ke pusat-pusat utama mereka berkumpul. Lihat bagaimana tontonan percuma ini dilakukan oleh mereka. Polis? Pak cik rasa PDRM da berhabisan memerangi masalah ini. Terajang, baling kon, sepak semua da ada malahan golongan ini sanggup menggadai nyawa melanggar anggota polis tersebut.

Pak cik nak ingatkan bahawa bermula dari negeri pantai barat, utara sehingga pantai timur masalah ini adalah sama. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Jangan jadikan pemikiran kita jumud kerana masalah ini bersifat menyeluruh tanpa melibatkan apa pegangan, ideologi dan politik kita.

Cuba fikir sejenak, kebanyakan manusia khususnya lelaki akan mula sedar semasa usia 20-an dan ke atas. Maka di sini perlunya pihak berkenaan mendekatkan diri dengan kumpulan ini. Kalau hendak tegur yang masih belasan tahun agak sukar tapi tiada benda yang mustahil dalam dunia ini kan. Pak cik menyeru kepada semua pembaca khususnya yang berminat untuk mewujudkan satu kaedah bagaimana kita hendak 'melembutkan' golongan ini.  Bersama-sama kita berkongsi dan fikirkan suatu kaedah yang sesuai. InsyaAllah.

Kerana apa kita perlu membantu mereka adalah kerana kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Pak cik jamin kebanyakan mat minah rempit ini adalah terdiri daripada bangsa MELAYU. Ya pak cik ulang bangsa MELAYU dan beragama ISLAM.  Mereka punyai peluang sama seperti kita, dan kita mesti membantu apa yang termampu. Kalau sesiapa yang hendak memepertikaikan kenyataan ini sila tunjuk dimana bangsa lain ditahan dalam satu operasi yang dilakukan polis.

Akhir kata dari pak cik mat minah rempit adalah salah satu cabang  permasalahan yang timbul. Banyak lagi seperti kes-kes besar namun cuba kita fokus kepada satu permasalahan dan kita bincangkan apa langkah yang perlu dilakukan. Kita adalah pemikir dan ejen perubahan untuk membetulkan peringkat demi peringkat. InsyaAllah jika kita ikhlas Allah akan berikan kita dengan suatu yang kita tidak jangka. 

Jom luang masa berfikir sejenak dan kongsi bersama...


Tinggalkan komen dan cadangan anda supaya pak cik dan pembaca lain dapat berkongsi bagaimana cara untuk mengurangkan permasalahan ini. Sekian dari pak cik, terima kasih...

Jika tidak keterlaluan kita namakan perbincangan ini sebagai MeniKAM (Meningkatkan Kesedaran Anak Melayu)

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: