Sunday 2 October 2011

PANAS2: Anda Nak Kaya, Bukak dan Tutup Mata Je 'Masyuk'...Korek Idung Pon Boleh 'Masyuk!'!!

Assalammualaikum w.b.t
Fenomena hari ini...semua akan melaluinya.

Alamak buka tu nampak "Anda nak tahu rahsia senang kaya?'.

Buka ni nampak pula 'Bangun tido je duit pon masuk, kelik ni je duit masuk, alamak tengah sikat rambut pon duit masuk'.

Siap pula ada yang kata 'saya baru tiga bulan sekarang da pakai Satria Neo, ha lagi setahun saya nak pakai kapal selam pula'.

Ni gimik je dari pak cik, sebenarnya pensyarah pak cik pernah baca satu buku dan dia ingat satu ayat ni;

"It's not sin to be rich"

perghhhhh...mendalam kan. Ok tak pe-tak pe sekarang pak cik nak bagitau macam mana kita nak kaya. Tengah makan boleh kaya, tengah mandi boleh kaya silap-silap tengah tido pon boleh kaya.

Nak tau macam mana? Hayati dulu ayat ni;

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahuinya".

Surah A-li  'Imraan ayat 92.

Ya Allah, selama ini apa yang kita kejarkan di dunia ini. Setiap saat setiap detik kita asyik berfikir tentang mengumpul harta yang menimbun-nimbun tapi kita lupa ada sesuatu yang kita tak titik beratkan iaitu amalan bersedekah.

Pak cik nak kongsi Tips bersedekah:

1) Bersedekahlah ketika kita masih sihat, masih mampu dan masih cukup.

2) Bersedekahlah dan sehingga tidak melampau-lampau.

3) Bersedekahlah ketika dalam keadaan yang kedekut.

4) Bersedekahlah sehingga tangan kiri tidak tahu akan perbuatan tangan kanan itu.

5) Bersedekahlah dalam keadaan yang malu.

6) Bersedekahlah bukan kerana menunjuk-nunjuk.

7) Bersedekahlah dan yakin Allah yang selama ini berikan kita rezeki. Jadi kenapa takut jadi fakir?

8) Bersedekahlah sesuatu yang memberikan manfaat kepada agama, negara dan masyarakat.

InsyaAllah, Allah akan bagi kita kelapangan dari lorong-lorong yang kita tidak ketahui. Janji Allah benar, sekelumit apa yang kita sedekahkan itu tidak bernilai disisiNya namun pengorbanan kita dinilaiNya dan jika rahmat Allah dibandingkan dengan seiisi dunia, ia masih tidak mencukupi. Bersyukurlah dan bersedekahlah.


Pak cik pon baru mempelajari dan elakkan diri dari berkata-kata akan apa yang kita pernah sedekahkan dulu. Takut-takut apa yang kita lakukan akan menjadi sia-sia.

Sekian dari pak cik kali ini. Harap apa yang disampaikan pak cik dapat mencetuskan sebuah perubahan dalam diri kita semua. InsyaAllah.


Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: