Wednesday 12 October 2011

Pengurusan Kewangan Itu Penting!!!

Assalammualaikum w.b.t...

Sumber: Kosmo Online

Apa sudah jadi? 45,000 individu berumur bawah 35 tahun telah diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Punca utama yang dikenalpasti ialah bebanan yuran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan bahana hutang ah long.

Mereka yang tinggal di bandar-bandar besar adalah golongan individu yang paling berpotensi tinggi terdedah untuk menjadi mangsa krisis pengurusan kewangan ini. kos sara hidup yang kian meningkat saban tahun ibarat menjerat rakyat negara ini.

Harga barangan naik secara mendadak sehingga kawasan luar bandar juga akan terlibat secara tidak langsung. Jangan terkejut apabila kita membawa sejumlah wang yang nilainya semakin mengecil. Kesannya barangan yang dibeli adalah tidak berpatutan. Kadar inflasi yang semakin meningkat telah mengheret rakyat ke dalam masalah yang berlarutan.

Saranan bagi pakcik ialah kaji semula gaji bagi mereka yang bekerja bukan dalam sektor kerajaan. Bayangkan ada yang menerima gaji yang terhad lingkungan RM600.00 dianggap agak sukar bagi menguruskan perbelanjaan. Namun bagi rakyat negara ini mereka juga perlu lebih kreatif dan inovatif supaya sedikit sebanyak membantu melawan tekanan kos sara hidup yang semakin meningkat. Perlu diingatkan juga pengurusan kewangan yang berkesan dapat membantu kita untuk menangani masalah ini.

Sebelum ini pakcik ada ceritakan dalam penulisan dalam Pengurusan Kewangan Fasa 3 : Berbelanja Dengan Berhemah. Pembaca boleh merujuk pada penulisan tersebut.

Apa yang penting ialah bagaimana kita perlu melawan nafsu kita untuk memiliki sesuatu yang di luar keperluan kita dan bersifat qana'ah dalam menempuhi hari yang kian mencabar ini. Sekian sahaja dari penulisan pakcik yang tak seberapa ini.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: