Friday 2 March 2012

Awak J-Qaf ke???

Assalammualaikum w.b.t...

Semalam sekolah yang pakcik praktikal ni jadi tuan rumah bagi Majlis Tilawah Al-Quran, Hafazan, Bercerita, dan Nasyid sekolah-sekolah Zon Kota Putera tahun 2012. Nak dijadikan ceritanya, pakcik ni jadi penjaga masa je la bagi pertandingan Tilawah.

Korang nak tau buat pertama kalinya guru-guru tidak merasakan pakcik ni praktikal PISMP sebaliknya J-Qaf..Hehe..ada muka ustad ke? Hadoi...

Tapi agak seronok la berborak dengan hakim sebelah pakcik ni. Ha ye la dia ada tanya dulu pakcik belajar kat Mesir ke? Hushhhh...jauhnye la hai..dapat blaja kat Indonesia pon belom tentu kak. Pernah la pakcik ada hasrat nak studi sampai oversea dulu, tapi dulu pakcik ni agak tak pandang masa depan..asyik huhahuha jek, ha sekarang baru terkilan. Takpe lah rezeki kan masing-masing...

Bawah ni sedikit sebanyak gambar semasa MTQ ni ha...

Peserta Nasyid

Ulfa peserta Tilawah

Mustaqim peserta Tilawah


Cekgu Azri with Mustaqim

Cekgu Hafizul with Manja (power men gendang kot namanya)

Pakcik diapit oleh Mimi (bercerita) dan Manja

Kocik-kocik kamera da mahal da, pakcik pon pinjam orang punyer ni

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

No comments: