Monday 27 February 2012

kenapa pakcik masih dan terlalu berdegil

Alhamdulillah hari ini kaki pakcik telah di X ray buat kali ke lima dan pertumbuhan tulang masih berlaku namun pada tahap yang sangat perlahan. Kalau diandaikan 1/4 je da sambung dan masih 3/4 ada renggangan. 

Gambar X ray masa mula-mula kena dulu


Laz2 pakcik kena simen dengan menggunakan fiber glass kot namanye. Amek ko, 140 jugak regenya, alah duit boleh cari kan..Tak pe la, benda penting untuk diri pakcik jugak. 

Dialog pakcik dengan doktor masa kat sepital:

Pakcik: Dr boleh tak saya nak guna back slab je sebab mudah, nak mandi boleh bukak..tak gatal sangat

Dr: Da tu gane awok nak baik kalau gitu, lambat la jadinya. Ni awak kena banyak berehat. Nah saya bagi cuti awak selama sebulan. (dengan nada yang agak tegas--nasib Dr tu comel..hehe)

Pakcik: Nasib baik la pikey dalam-dalam, kalau tak aku cabut jek ri ni...(dalam hati--sambil muka senyum)

Tuppppppppp!!!!Sebulan wow....Tapi masa tu pakcik  terpikey dua perkara iaitu kalau pakcik cuti sebulan akan menyebabkan anak murid pakcik seramai 59 orang akan ketinggalan dalam menghabiskan sukatannya. Dan sekiranya pakcik masih tetap degil meneruskan seperti biasa 59 orang ini akan menyebabkan kaki pakcik yang satu ini sembuh melewati jangkaan sebenarnya.

Antara anak murid pakcik



mereka anak pesisir pantai, kalau pakcik tak mengajar. Amat sukar untuk mereka belajar sendiri...


Kalau pakcik berfikir secara jumud pakcik akan berehat dan menyebabkan 59 orang anak murid pakcik ketinggalan, dan pakcik telah mengambil kata putus pakcik akan teruskan kerana kaki pakcik hanya satu je yang sakit, pakcik masih ada sebelah lagi dan dua tongkat dan bukan 59 orang anak murid yang menyembuhkan kaki pakcik namun hanya Dia, iaitu Allah yang sembuhkan kaki pakcik.

Sebab itu pakcik degil, pakcik akan tetap ke sekolah kerana 59 orang anak murid pakcik itu lebih penting dari kaki pakcik yang satu ini. Harap maaf bagi sesiapa yang marah akan tindakan degil pakcik ini.

Kerana kita kena faham corak budaya dan sosial mereka, mereka dalam kumpulan luar bandar dan pesisir pantai. Kalau kita tak sampaikan adakah kebanyakan mereka belajar lebih semasa kita tiada dan di rumah???

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: