Saturday 18 February 2012

Separuh Baki Dalam Perkahwinan

Saat pakcik menulis bagi post kali ini disebabkan pakcik ada terbaca majalah i edisi feb 2012 dan kehangatan kursus pra-perkahwinan  yang akan berlangsung pada minggu hadapan.



Yep pakcik akui, kengkadang masa lepak dengan rakan-rakan sekelas pon da mula la keluar topik mengenai perkahwinan. Tidak lupa pula yang sudah mempunyai pilihan hati mula memikirkan mengenai perkara ini dengan lebih serius.

Sedang pakcik membelek helaian yang bertajuk Cinta Antara Planet pakcik terbaca satu hadith yang dikemukakan oleh penulis ini iaitu;

Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah untuk menyempurnakan separuh yang berbaki

Dalam konteks munakahat ini setelah proses akad nikah sang lelaki dan perempuan maka segala yang berkaitan isterinya menjadi tanggungjawab suami. 

Menurut istilah hukum syarak nikah bererti suatu akad yang mengandungi kebolehan untuk melakukan persetubuhan dengan menggunakan lafaz 'inkah' (menikahkan) atau lafaz 'tazwij' (mengahwinkan).

Bunyi seperti mudah, hanya akad nikah sudah boleh bersama namun sudah bersediakah pemimpin keluarga dalam mengharungi dan menyempurnakan separuh yang penuh berbaki dengan penuh taqwa kepada Allah Tuhan sekalian alam ini.

Bagi sang lelaki di luar sana (termasuk diri pakcik) lengkapkanlah diri kita semua dengan sebaik-baiknya dan bertaqwalah kepadaNya. Ingat walau sekecil mana yang dilakukan oleh isteri dan anak-anak kita, kelak kita akan dipersoalkan akan amanah yang melengkapi separuh bakinya di akhirat kelak.

Penulisan pakcik kali ini bukan hendak menakutkan kita untuk melayari bahtera perkahwinan namun sekadar peringatan bersama untuk kita wahai kaum Adam. 

*Luangkan masa melihat sekeliling kita, adakah kita mahu masyarakat sekeliling kita bergerak ke arah kehidupan Islam atau kian hanyut dengan nikmat dunia yang penuh tipu daya ini? Kelak selamatkah isteri, anak-anak, sanak saudara kita dari fitnah dunia ini?

Tepuk dada tanya iman dan cetuskan sebuah anjakan,
Mengembalikan dimensi Islam yang kian terperosok,
Supaya Islam mekar walaupun kita sendiri serba kekurangan,
Kerana Nabi mengajar tidak ada perkataan terlewat walaupun Kiamat  berlaku esok...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: