Saturday, 11 August 2012

Anda terpilih dalam ujianNya : kuatkan diri sahabat

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah kita dah masuk fasa terakhir Ramadhan ni ha...ha ada ponteng-ponteng tak? Ada minum nyorok-nyorok tak? Kalau ada bawak-bawak la bertaubat, kang tengah minum-minum bawah pokok pisang tu tetiba kena patuk ular, mati da kat situ...Tak memasala je kan...kang orang tanya macam mana si Mamat tu? Meninggal dah dia, dengar cite masa ponteng pose tetiba kena patuk ular...Adui dunia dah aib kang depan Dia lagi lah bertambah aib. (Bukan kisah sebenar ye).

Tapi penulisan pakcik bukan nak cerita pasal puasa tapi nak cerita pasal sorang sahabat pakcik ini. 

Satu persoalan pakcik nak tanya kat anda-anda semua, kalau satu hari nanti anda dapat panggilan mengatakan mak ke ayah ke sakit di kampung, apa anda akan buat?

Dan perkara ini benar-benar berlaku tapi bukan pada pakcik tapi pada sahabat pakcik tadi. Mak dia menghidapi barah hati. Kalau sesape tak tau apa tu barah hati ni pakcik bagi link yang agak mendalam mengenai barah hati. Maaf pakcik bukan jurusan medik, so pakcik tak reti nak bercerita..Korang baca link pakcik bagi kat bawah ni.




Semalam secara ringkas sahabat pakcik ni ada cerita la apa yang berlaku sebenarnya. Sampai dia kata masa awal Ramadhan tu mak dia dah masuk hospital, kena guna kerusi roda..Sekarang pon mak dia banyak baring je. 

Tupppp... Pakcik terdiam, bukan apa sebab pakcik kenal sahabat ni. Tindakan dia tidak membayangkan apa yang dilaluinya. Dalam masa yang sama pakcik renung diri ini, ada kalanya kita merasakan ujian yang kita hadapi ini dah cukup berat sedangkan ada orang lain yang lebih hebat ujian dia dari kita. Bersyukurlah apa yang kita lalui dan apa yang kita ada selama ni.

Kalau sebelum ni pakcik pernah menulis siapa tulang belakang pakcik kan. Pakcik tak boleh bayang kalau pakcik berada di tempat sahabat pakcik ni.

InsyaAllah pakcik akan meminta bantuan sorang sahabat pakcik ni macam nak buat kutipan sedikit. Ada apa-apa pakcik akan post di FB atau belog pakcik ini.

Akhir kata dari pakcik kepada sahabat ini. Allah akan menguji seseorang sekadar kemampuan insan itu sendiri. Anda lebih kuat dari pakcik kerana itu Allah pilih anda. Semoga kesihatan mak anda akan berambah lebih baik. InsyaAllah. Kami akan cuba sedaya kami untuk membantu anda. 

Sesiapa yang rasa nak menghulurkan bantuan, insyaAllah sama ada pakcik akan post atau sorang sahabat pakcik akan post.. Doakan yang terbaik buat mak sahabat pakcik ini.

Ni mesej terkini sahabat pakcik tersebut:
"Alhamdulillah...Malam semalam, ayah aku buat baca yaasin kat umah. Aku smpai pagi tadi pun, adik2 aku kata dah ada perubahan dah...aku tengok pun skang mak aku dah boleh gerakkan tangan dia, minum air pun dah banyak.."
 
Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z








2 comments:

Maithasa Syuhada said...

intresting ... :) jmput singgh blog sy yer :)

Osman Z. said...

thnx 4 ur comment...tima kasih sudi singgah...