Saturday 28 July 2012

Api Dalam Tanah Gambut: Cetusan Pemikiran Golongan Muda

Assalammualaikum w.b.t

Penulisan pakcik kali ini agak berlapuk, bukan sebab apa. Sebab pakcik lupa ia ada dalam draft tapi tak pernah publish lagi.


 Senario yang berlaku kini apabila kelahiran semula gerakan golongan muda yang mula mencetuskan suatu fenomena dalam negara kita ini. Gerakan pemikiran golongan muda dalam negara ini bukanlah satu kisah baru dalam negara. Bahkan suatu masa dulu gerakan golongon muda ini telah mencetuskan satu impak yang akhirnya diharamkan. 

Jangan kita lupa suatu masa dahulu Tun Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang masih menuntut telah bergiat aktif dalam pergerakan kemerdekaan. Oleh yang demikian tidak hairan jika golongan muda kini mula mengorak langkah akan satu pembaharuan demi kepentingan negara.


Suatu ketika dahulu keadaan negara masih tidak aman apabila kesusahan pada zaman penjajah telah menyuntik suatu semangat luar biasa golongan muda ketika itu. Kini cabaran nasioanalisasi dan globalisasi telah menyuntik semangat golongan muda ini akan suatu pembaharuan demi negaranya yang tercinta.

Jika kita melihat senario di luar negara di mana golongan muda telah mencetuskan satu gerakan pembaharuan. Struktur politik negara yang terlibat telah tergugat sama sekali. Adakah perkara yang sedemikian ditakuti menghantui negara ini?

Pakcik pernah mebaca penulisan seorang bekas pemimpin yang telah menyatakan akan bahaya mengenai satu gerakan pembaharuan yang dimonopoli oleh golongan muda ini yang akan menyebabkan negara akan tergugat sama ada struktur politik atau ekonomi. Namun apa yang perlu dirisaukan ialah jika perkara ini benar-benar berlaku maka negara akan melalui satu fasa kejatuhan. Justeru sebelum berlaku perkara sedemikian, golongan muda ini harus diberi peluang untuk menyatakan kehendak mereka.

Pakcik juga menyangkal bahawa hanya menyatakan bahawa dengan terlibat politik akan menyebabkan anak-anak muda akan keciciran dalam pelajaran. Keciciran dalam pelajaran perlu ditafsir dalam pelbagai sebab dan musabab, antaranya ialah masalah pengurusan masa dan diri yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri yang bukannya terlibat dengan politik 100%.

Apabila anak-anak muda ini mula memikirkan apa yang sedang berlaku dalam negara sama ada dari segi politik mahupun perjalanan ekonominya, mereka tidak seharusnya dikecam terlalu hebat namun perlu diberi dorongan dan bimbingan kerana mereka telah membuka pintu-pintu kematangan dalam diri mereka.

Ya...pakcik yakin ramai akan tidak setuju dengan penulisan pakcik ini. Namun apa yang perlu dirisaukan ialah anak-anak muda di luar sana yang masih asyik dengan nikmat keduniaan yang terlalu sempit dan pelbagai masalah sosial ini.

Oleh yang demikian mana yang lebih bahaya? Anak muda yang mula memikirkan mengenai negaranya atau anak muda yang masih hanyut dengan masalah sosialnya?

Jika kita imbas kembali apa yang berlaku di Pulau Pinang, kumpulan golongan muda yang berbangga dengan gelaran Mat Rempit melakukan demonstrasi meminta pihak kerajaan negeri memakbulkan permintaan mereka iaitu sebuah litar lumba. Pakcik memang tabik spring sebab diorang berani. Iye ke berani? Bagi pakcik tindakan itu lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh sekumpulan golongan muda yang meminta hak mereka sebagai pelapis negara akan datang supaya diberi kebebasan dalam menyuarakan pendapat.

Akhir kata buka mata, buka minda dan lucutkan kotak pemikiran yang sempit. Ayuh anak muda bangkit demi Islam dan negara kita.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

No comments: