Sunday, 29 January 2012

Separuh Nafas Dan Separuh Langkah

Tup...tap...tup..tap...da masuk Fasa 3 Praktikum pakcik lalui, namun praktikum kali ini merupakan praktikum pakcik bersama tongkat...sebab apa???kaki patah...masa pakcik menulis ni pakcik dalam keadaan risau...iye la, esok pakcik nak kena pergi semula ke hospital, nak xray balik tengok macam mana...harap-harap tak perlu lah nak disimennya kan...

Tak pe lah, kenangan nak guna tongkat, jarak nak jalan dekat jek..tapi lotih la pakcik..

Apa-apa pun separuh nafas dan separuh langkah nak menghabiskan tahun 2012 sebelum betul-betul diserap sebagai guru. InsyaAllah...

Kepada guru-guru pelatih, all the best..jadilah seorang guru yang memberi sebanyak-banyaknya bukan menerima sebanyak-banyaknya...

Insan yang sedang belajar

Osman. Z

Saturday, 14 January 2012

Perlawanan Pembukaan + Perlawanan Terakhir = pakcik patah kaki (fibula je ponggg)

Sobolum pakcik stret to de left...to the left..pakcik nk komen sikit la kenapa pihak penganjur tukar nama Liga Ibnu Majid in kepada ............. Ye la liga ni macam satu tradisi yang patot dikokalkan namanyo ha. Bayangkan ini kan macam satu trademark, tak pe la ape-ape pon suko ati korang la yob. Kalau pihak pakcik, pakcik kokalkan sajo namo tuh, tak kiro la naek mahkamah ke ape..
 
Baru-baru ni pakcik saja la nak macam come back main bola...siyesly pakcik kurang minat bermain bola ni, tak tau la sebab apa..Main suke-suke boleh la mungkin pakcik bukan jiwa nak main bola kot...(jangan terasa geng lain-lain, siyes ni)...hahaha

Lepas mosyuarat bola sem 7 malam tuh (pakcik tak pergi pon, tido kat bilik) hahahha mahap yek....Maka tertubuh la tiga buah team bola sem 7 yang masing-masing nak men untuk kenangan sebelum posting...bawah ni pic team-team tersebut

Berdiri: Panjang, Wan, Rosid, Box, Peja, Aje, Lan Gemok, Acap, Pijul (Duduk: Fifi, Azri, Syndrome, Togok, Kapten,Imi)


Berdiri: Man Kambing, Asrap, Din, Aji, Akmal, Midi, Akim, Panjang, Boz, Amir, Pudin, Pokcik la ni (duduk: Syahnaz, Keri, Bulu, Seron)

Berdiri: Jepp, Roy, Pokeng, Aufa, Abah, Dud, Mat Yi, Kamil (Depan: Amiaq, Kajang, Pocik, Yie Bekeng, Pokcek, Nolail YDP)

Ha yang paling kelakar, team pakcik main ni ha da la perlawanan pembukaan dan merupakan perlawanan terakhir pakcik. Ha lagi lawaknye pakcik masuk 10 minit nak habis game tuh, aduhai main tak sampai brapa minit terus cedera. Monyosal pakcik pikiey balik, tau tak payah bersungguh nak tackle bola tuh...


pandangan depan

pandangan sisi

Nasib badan katakan..hehehe

Ucapan bagi pakcik kepada pemain-pemain batch pakcik, do ur best...ni laz game kita ni sobolum kita posting kang tu ha...Kita da nak abeh da blajo ni, bebudak yang titik kita tuh SBE tak abeh-abeh lagi ha....lagi satu jangan bosungguh sangat kang patah kaki ekau macam pakcik ni...hahaha

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Friday, 13 January 2012

Ayuh cuci pemikiran: Zahirkan diri dalam pusaran itu

Lamanya pakcik tak mengomel kat belog ni. Bukan ape banyak gak la buat draft tapi ade yang terlalu sensitif takut-takut kena gam pulak. Tak pe la pakcik tak berminat untuk mencetuskan satu konfrontasi ni.

Penulisan pakcik kali ini ingin berkongsi suatu lumrah yang dihadapi oleh kita selama ini. Apa die? Cengkaman ketakutan dalam diri kita.

Sumber: healthyshare.info

Pernah ke tidak satu masa pembaca berada dalam satu krisis kewangan dan pembaca menginginkan untuk menjalankan perniagaan namun terbantut dek cengkaman ketakutan dalam diri atau dari persekitaran? Ya ketakutan akan kegagalan ini yang menyebabkan kita semakin di takuk lama. Rahsia perniagaan orang Cina yang pakcik baca dan kenalpasti ialah "kita tidak tahu sama ada kita adalah usahawan selagi kita masih tidak mengetahui berjaya atau tidak perniagaan itu". Mulai dari saat ini mulakan langkah kita dengan keyakinan, usaha yang optimum dan penyerahan seratus peratus kepada Allah Yang Maha Mengetahui akan tiap sesuatu.

Jika berbalik kepada pelajar-pelajar yang mengatakan kesempitan diri mereka adalah penghad akan kejayaan mereka di sekolah. Buang perkataan tersebut kerana kejayaan seseorang adalah berdasarkan usaha mereka dan bukan status sosial mereka. Mengapa? Kerana ada pelajar berasal dari keluarga yang biasa dan sekolah biasa tapi  menanam satu impian dalam diri mereka walaupun mereka sendiri tahu sukar untuk dicapai. Ingat selagi sasaran kita ialah rusa di dalam kawasan hutan walaupun kita tahu sukar untuk kita dapat namun satu masa kita akan dapat tangkap jua akhirnya.

Golongan Melayu seharusnya membuang cengkaman negatif dalam pemikiran mereka supaya mereka bukan sekadar berdiri selesa di tanah airnya sendiri namun mampu bersaing sehingga peringkat global. Kita tidak tahu berapa lama keistimewaan kita akan kekal kerana sebenar-benar dalam Islam bangsa tidak melambangkan apa-apa keistimewaan namun ketaqwaan kepadaNya mendekatkan diri kita dalam kejayaanNya.

Cabaran semakin hari semakin hebat, zahirkan diri kita dalam pusaran itu dan berpegang teguh pada taliNya kerana keistimewaan kita sebenar ialah kasih sayangNya.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z

Friday, 6 January 2012

Memeras Otak: Penyelidikan Tindakan

Fulamak da tahun akhir da pakcik ni. Alhamdulillah. Tup...tup...pakcik nga memeras otak ntuk pikir satu penyelidikan tindakan pakcik ini. Bukan apa ni la masanya pakcik nak merasa menjadi seorang ala-ala penyelidik.Haha

Idea...Idea...oh idea...ke mari kau....fuhhhhhh...Susahnya la hai...

Saja je pakcik post benda ni sebab nak bagi seru semangat pakcik ni...haha...

Ok cow cin caw...........


Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday, 3 January 2012

Keistimewaan Kita: Sampai bila???

waduh...waduh...waduh.....lama pakcik tak menulis...herm tak pe la, tak payah intro bombastik ala-ala nak menang award kan, pakcik terus stret tu de poin...

Nak dipendekkan ceritanye, pakcik balik ke kampung halaman dan menikmati cuti yang tersisa masa kini...masa pakcik lepak-lepak dengan imam kampung pakcik ni, terbukak la cerita masa diorang dulu-dulu...fuhhhhh...yang tok imam ni cerita la masa belasan tahun pada tahun hujung 40-an, kesusahan orang Melayu ibarat suatu perkara biasa...bayangkan masa tu si tok imam ni 'berbogel' sebab kesusahan pada waktu itu...maknanya kemana-mana pon tak pakai baju...nak jahit baju masa tu mana ada benang, tu ha bahagian daun nanas tu diketuk dan di ambil uratnya dijadikan benang...pakcik dengar memang dasat...

Jika kita imbas kembali, pakcik yakin masa itu kesusahan bagi kaum Melayu memang agak berat sekali. Kini setelah puluhan tahun kita kecapi kemerdekaan terdapat juga antara kita yang tidak belajar dari masa lalu.

Sebelah rumah pakcik ada beberapa kebun milik orang Melayu yang tidak menghargai apa yang mereka ada. Bukan apa, penuh dengan semak samun. Bagi pakcik kita berada dalam satu zon yang selesa dengan keistimewaan kita sehingga menyebabkan kita malas untuk berusaha.

Pakcik pernah berada dalam kebun milik seorang lelaki Cina dan apa yang pakcik hayati setiap inci tanah digunakan secara optimum. Cuba kita lihat kebanyakan masayrakat Melayu di kampung khususnya. Mereka masih terikat dengan sekadar mencukupi. Apabila satu peluang baru berada di hadapan, mereka takut dan mula memikirkan perkara yang negatif. Kita masih berada daam zon selesa selagi keistimewaan kita ada.

Sampai bila kita akan berada dalam zon selesa keistimewaan kita ini? Selagi kita tidak mencabut sebatang pokok, kita tidak akan tahu berapa panjang akarnya. Renung-renungkan supaya kita kembali kepada siapa kita sebenar yang lebih progresif dalam dunia yang semakin mencabar ini.

Insan yang sedang belajar
Osman.Z