Thursday, 30 August 2012

Ramadhan Meninggalkan Kita, Syawal Menjelma, VIVA Penuh Kecintaan

Assalammualaikum w.b.t...

Fuhhh....fuhhh....fuhhhh...Perghhhh berhabuk sudah pakcik punya belog ni...Ari ini dah masuk 12 Syawal, kengkadang duk terpikey dulu masa Ramadhan kuat je hati ni tapi lepas jek masuk Syawal hancur lebur..Kuatkan hati..kuatkan hati...

Sebenarnya tak de apa pakcik nak kongsi cuma biasa lah kerja-kerja banyak tertangguh dan laz minit plak...Memang jem.Kalau anak-anak nak tau pakcik viva 17 September ni...fuhyooooooo...gilo..memang gilo....Takot wooooo...Tapi takpe, kena tenang-tenang saja kan...Nak tak nak kena setel jugak semua ni kan jadi apa nak kisah...

Sekian saja la pakcik nak merapu, mintak mahap la kalau tajuk atas macam tak de kaitan kan..Maka suka ati pakcik la kan nak tulis pe pon..haha

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Saturday, 11 August 2012

Anda terpilih dalam ujianNya : kuatkan diri sahabat

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah kita dah masuk fasa terakhir Ramadhan ni ha...ha ada ponteng-ponteng tak? Ada minum nyorok-nyorok tak? Kalau ada bawak-bawak la bertaubat, kang tengah minum-minum bawah pokok pisang tu tetiba kena patuk ular, mati da kat situ...Tak memasala je kan...kang orang tanya macam mana si Mamat tu? Meninggal dah dia, dengar cite masa ponteng pose tetiba kena patuk ular...Adui dunia dah aib kang depan Dia lagi lah bertambah aib. (Bukan kisah sebenar ye).

Tapi penulisan pakcik bukan nak cerita pasal puasa tapi nak cerita pasal sorang sahabat pakcik ini. 

Satu persoalan pakcik nak tanya kat anda-anda semua, kalau satu hari nanti anda dapat panggilan mengatakan mak ke ayah ke sakit di kampung, apa anda akan buat?

Dan perkara ini benar-benar berlaku tapi bukan pada pakcik tapi pada sahabat pakcik tadi. Mak dia menghidapi barah hati. Kalau sesape tak tau apa tu barah hati ni pakcik bagi link yang agak mendalam mengenai barah hati. Maaf pakcik bukan jurusan medik, so pakcik tak reti nak bercerita..Korang baca link pakcik bagi kat bawah ni.




Semalam secara ringkas sahabat pakcik ni ada cerita la apa yang berlaku sebenarnya. Sampai dia kata masa awal Ramadhan tu mak dia dah masuk hospital, kena guna kerusi roda..Sekarang pon mak dia banyak baring je. 

Tupppp... Pakcik terdiam, bukan apa sebab pakcik kenal sahabat ni. Tindakan dia tidak membayangkan apa yang dilaluinya. Dalam masa yang sama pakcik renung diri ini, ada kalanya kita merasakan ujian yang kita hadapi ini dah cukup berat sedangkan ada orang lain yang lebih hebat ujian dia dari kita. Bersyukurlah apa yang kita lalui dan apa yang kita ada selama ni.

Kalau sebelum ni pakcik pernah menulis siapa tulang belakang pakcik kan. Pakcik tak boleh bayang kalau pakcik berada di tempat sahabat pakcik ni.

InsyaAllah pakcik akan meminta bantuan sorang sahabat pakcik ni macam nak buat kutipan sedikit. Ada apa-apa pakcik akan post di FB atau belog pakcik ini.

Akhir kata dari pakcik kepada sahabat ini. Allah akan menguji seseorang sekadar kemampuan insan itu sendiri. Anda lebih kuat dari pakcik kerana itu Allah pilih anda. Semoga kesihatan mak anda akan berambah lebih baik. InsyaAllah. Kami akan cuba sedaya kami untuk membantu anda. 

Sesiapa yang rasa nak menghulurkan bantuan, insyaAllah sama ada pakcik akan post atau sorang sahabat pakcik akan post.. Doakan yang terbaik buat mak sahabat pakcik ini.

Ni mesej terkini sahabat pakcik tersebut:
"Alhamdulillah...Malam semalam, ayah aku buat baca yaasin kat umah. Aku smpai pagi tadi pun, adik2 aku kata dah ada perubahan dah...aku tengok pun skang mak aku dah boleh gerakkan tangan dia, minum air pun dah banyak.."
 
Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z








Saturday, 4 August 2012

Betul ni!! Kawan ketawa senang nak cari tapi kawan menangis susah nak cari...

Assalammualaikum..w.b.t

Ketemu kita lagi dan hari ni keberapa Ramadhan ye adik-adik? Ha lupa la tuh...Alhamdulillah sudah masuk separuh perjalanan kita menempuhi Ramadan al-Mubarak ini..

Sebelum pakcik nak mulakan penulisan kali ini, pakcik nak kita hayati salah satu lagu kegemaran buah hati pakcik (anak sedara pakcik la)..ha hayati lagu ni dulu yek....


Kalau suatu ketika dahulu pakcik pernah post satu penulisan tentang sahabat-sahabat pakcik...Kali ini lebih umum lagi pakcik nak kongsikan..


Alhamdulillah..kalau kita merasakan sahabat kita itu penting..Banyak perkara perlu dijaga bila bersahabat ini, yang paling penting ialah jaga mulut...Sebab mulut dan lidah ini yang paling bahaya, tidak luka di luar badan tapi dalam hati siapa yang tahu kan. Jadinya nasihat pakcik termasuk diri pakcik sendiri, jaga kata-kata kita kerana gurau senda ada juga hadnya jangan sampai melampaui batasan hadnya..

Semoga Allah mempertemukan dan memisahkan kita semata-mata keranaNya..Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah atas kekurangan saya ini...InsyaAllah semoga kita ketemu lagi...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z