Monday, 18 June 2012

Membina kejayaan..Mudah je...

Assalammualaikum w.b.t

Kali ini pakcik nak kongsikan bagaimana kita hendak membina kejayaan. Tidak kira apa jua haluan yang kita lalui seperti dalam pelajaran, kehidupan mahupun dalam kerjaya yang kita lakukan.

1) Dekatkan diri dengan Pencipta kerana tiada di dalam dunia ini yang mampu memberi kita peluang dan ruang malah senantiasa mendengar rintihan dan keluhan kita melainkan Dia.

2) Tanamkan matlamat utama kita yang positif dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Sebagai contoh seorang pelajar menanam dalam dir bahawa hendak belajar sehingga suatu hari nanti kejayaannya dapat dikongsi dengan orang sekelilingnya. 

3) Anggap kritikan sebagai angin lalu yang membuatkan kita semakin kuat. Orang yang tidak tahu lebih suka mengkritik kerana pemikiran mereka tidak terbuka dengan sempurna.

4) Jadikan setiap saat adalah sangat bernilai.

5) Gunakan ruang dan peluang dengan berkesan disamping sentiasa menambah baik ilmu.

6) Fahami nilai pulangan kepada masyarakat. Maksudnya di sini, walau setinggi mana atau sehebat mana diri kita mahupun serendah mana kita, janganlah kita menjauhi masyarakat.

7) Jangan pernah mengalah dan terus-menerus mereflek diri kita.

InsyaAllah, semoga kita berjaya dalam membina kejayaan.

Insan yang sedang belajar

Osman. Z

No comments: