Saturday, 28 July 2012

Api Dalam Tanah Gambut: Cetusan Pemikiran Golongan Muda

Assalammualaikum w.b.t

Penulisan pakcik kali ini agak berlapuk, bukan sebab apa. Sebab pakcik lupa ia ada dalam draft tapi tak pernah publish lagi.


 Senario yang berlaku kini apabila kelahiran semula gerakan golongan muda yang mula mencetuskan suatu fenomena dalam negara kita ini. Gerakan pemikiran golongan muda dalam negara ini bukanlah satu kisah baru dalam negara. Bahkan suatu masa dulu gerakan golongon muda ini telah mencetuskan satu impak yang akhirnya diharamkan. 

Jangan kita lupa suatu masa dahulu Tun Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang masih menuntut telah bergiat aktif dalam pergerakan kemerdekaan. Oleh yang demikian tidak hairan jika golongan muda kini mula mengorak langkah akan satu pembaharuan demi kepentingan negara.


Suatu ketika dahulu keadaan negara masih tidak aman apabila kesusahan pada zaman penjajah telah menyuntik suatu semangat luar biasa golongan muda ketika itu. Kini cabaran nasioanalisasi dan globalisasi telah menyuntik semangat golongan muda ini akan suatu pembaharuan demi negaranya yang tercinta.

Jika kita melihat senario di luar negara di mana golongan muda telah mencetuskan satu gerakan pembaharuan. Struktur politik negara yang terlibat telah tergugat sama sekali. Adakah perkara yang sedemikian ditakuti menghantui negara ini?

Pakcik pernah mebaca penulisan seorang bekas pemimpin yang telah menyatakan akan bahaya mengenai satu gerakan pembaharuan yang dimonopoli oleh golongan muda ini yang akan menyebabkan negara akan tergugat sama ada struktur politik atau ekonomi. Namun apa yang perlu dirisaukan ialah jika perkara ini benar-benar berlaku maka negara akan melalui satu fasa kejatuhan. Justeru sebelum berlaku perkara sedemikian, golongan muda ini harus diberi peluang untuk menyatakan kehendak mereka.

Pakcik juga menyangkal bahawa hanya menyatakan bahawa dengan terlibat politik akan menyebabkan anak-anak muda akan keciciran dalam pelajaran. Keciciran dalam pelajaran perlu ditafsir dalam pelbagai sebab dan musabab, antaranya ialah masalah pengurusan masa dan diri yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri yang bukannya terlibat dengan politik 100%.

Apabila anak-anak muda ini mula memikirkan apa yang sedang berlaku dalam negara sama ada dari segi politik mahupun perjalanan ekonominya, mereka tidak seharusnya dikecam terlalu hebat namun perlu diberi dorongan dan bimbingan kerana mereka telah membuka pintu-pintu kematangan dalam diri mereka.

Ya...pakcik yakin ramai akan tidak setuju dengan penulisan pakcik ini. Namun apa yang perlu dirisaukan ialah anak-anak muda di luar sana yang masih asyik dengan nikmat keduniaan yang terlalu sempit dan pelbagai masalah sosial ini.

Oleh yang demikian mana yang lebih bahaya? Anak muda yang mula memikirkan mengenai negaranya atau anak muda yang masih hanyut dengan masalah sosialnya?

Jika kita imbas kembali apa yang berlaku di Pulau Pinang, kumpulan golongan muda yang berbangga dengan gelaran Mat Rempit melakukan demonstrasi meminta pihak kerajaan negeri memakbulkan permintaan mereka iaitu sebuah litar lumba. Pakcik memang tabik spring sebab diorang berani. Iye ke berani? Bagi pakcik tindakan itu lebih teruk dari apa yang dilakukan oleh sekumpulan golongan muda yang meminta hak mereka sebagai pelapis negara akan datang supaya diberi kebebasan dalam menyuarakan pendapat.

Akhir kata buka mata, buka minda dan lucutkan kotak pemikiran yang sempit. Ayuh anak muda bangkit demi Islam dan negara kita.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Hidayah itu milik Allah

Assalammualaikum. w.b.t

Alhamdulillah genap 8 Ramadhan hari ini. Semoga kita berjaya meneruskan bakinya dan seterusnya. Amin.

Penulisan mengenai pengalaman pertama pakcik hari ini ialah satu video dakwah ini. Pagi ini sedang pakcik online saja suka suki, tiba-tiba pakcik terpandang satu post rakan pakcik. Apa yang dipostkan agak menarik, iaitu satu video dakwah...


Satu video dakwah yang memberi kesan yang mendalam dalam pandangan pakcik dan salah satu ayat dalamnya. 

"sesiapa yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murkaNya pada hari dia berumpa denganNya"

Terasa kerdil dan hina diri ini. Adakah kita menahan segala keburukan dalam hidup ini. Ampun maaf kepada semua andai pakcik melakukan sesuatu kesalahan yang tidak disedari.

 Perkara yang kedua ialah pengislaman seorang guru pelatih di IPGKTAA. Alhamdulillah. Cantik kan perjalanan yang diatur olehNya. Kita sudah sejak lahir Islam tapi kadangkala apa yang kita lakukan melangkaui had Islam itu sendiri. Allahu Akbar..Hidayah itu milik Allah dan hanya Dia berhak untuk memberikan kepada sesiapa, kita perlu berusaha mendapatkan kemanisannya.

Perkara yang ketiga ialah sedutan dari surat khabar Kosmo Online. Kisan mengenai perkenan Sultan Johor membebaskan banduan yang beberapa dekad di dalam sel masing-masing yang menunggu hukuman gantung. Saat hidup ini tiada harapan, Allah menghadirkan harapan itu semula. Alhamdulillah.


http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Semoga kita tetap dalam pegangan kita. Ampun maaf dipinta dari pakcik. Salam Ramadhan. =)

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Wednesday, 18 July 2012

Penulisan tiada motif

Assalammualaikum w.b.t

Hadui tajuk kali ini bukan apa, pakcik duk memikior pasal AR pakcik..Ushhhh..Tinggal sehari jek lagi nak bagi setel semua ini..Pembolehubah oh pembolehubah..Dalam realiti perkara ini agak sukar tapi demi anak murid pakcik, pakcik akan pastikan kajian pakcik ini mampu memberikan sedikit sumbangan kepada murid walaupun sekadar 0.01%....Semoga diberikan kekuatan dan kemudahan olehNya...

Tengah duk lepak-lepak memikirkannya, tup-tup lirikan mata pakcik terfokus kepada satu post dekat fesbuk..Bukan apa berapa hari lagi je kan dah nak Ramdhan..Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..


Selamat berpuasa dan menghayati bulan Ramdhan. Semoga ia hadir dan pergi dengan meninggalkan impak positif dalam kehidupan yang lebih sempurna. InsyaAllah...

Ok done, I've to continue my work...Ahlan wa sahlan ya Ramadhan...

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday, 10 July 2012

Duit tidak menjamin kebahagian namun bagaimana kita memanfaatkan duit itu yang membahagiakan..

Assalammualaikum w.b.t

Penulisan pakcik kali ini diiringi oleh lagu Maher Zain dan kalau tidak silap tajuknya you are the one for me..Hermm..sayangnya dan rindunya kepada si dia, seorang wanita yang melahirkan kita semua..siapa? jawapannya ialah ibu kita...

Pakcik tidak panggil beliau ibu tetapi mak..Mak, adik rindu kamu...:-)..hehe..mak pakcik panggil pakcik adik, huhu..jelez ke? Ada pakcik kisah kalau korang kata pakcik ni anak mak..pakcik bangga..

Tapi penulisan pakcik kali ini bukan berkaitan dengan ibu tetapi dengan lebih menjurus kepada duit..

sumber : pakcik google

Semua tahu bila disebut dengan duit namun pernahkah kita terfikir bahawa duit tidak menjamin kepada kebahagian. Tetapi bagaimana kita memanfaatkan duit itu yang membawa kepada kebahagiaan.

Yep..sebab duit kita sanggup mengetepikan soal halal haram. Dan sebab duit juga kawan jadi lawan, keluarga jadi musuh, senang jadi susah dan lapang jadi sempit.

Semua di atas menjadi persoalan dibenak pemikiran, adakah duit punca semua ini?

Kita imbas kembali memandang beberapa not wang keluaran bank negara ini. Hanya sekeping kertas yang mempunyai nombor, tulisan, gambar, malahan ciri-ciri keselamatan. Huh!! sekeping kertas menjadi punca segalanya?

Duit ke puncanya? Jawapannya tidak. Nafsu keinginan kita yang membuatkan kepingan kertas ini menghantui kehidupan kita.

"It's not sin to be rich" kata-kata seorang pensyarah pakcik yang sehingga kini masih terngiang-ngiang dalam pemikiran pakcik. Bukan semua yang kaya itu hanyut dan bukan semua yang miskin itu tidak mampu berusaha dan berhijrah.

Bagi yang berkemampuan, maka bersederhanalah dan bagi yang kurang berkemampuan, berusahalah kerana rezeki Allah itu tidak terjangkau keluasannya. Adakah kita sekadar menunggu atau kita mampu berhijrah. Jangan jadikan duit segalanya dalam hidup ini.

Duit tidak menjamin kebahagiaan namun bagaimana kita manfaatkannya itu yang membahagiakan kita.

Bagi yang ada lebihan, kongsikan bersama mereka yang memerlukan dan paling cantik kalau dapat menjana kewangan sekolah di kawasan berhampiran kita. InsyaAllah ia lebih membahagiakan.

Sebelum pakcik akhiri penulisan pakcik ini, ingin pakcik kongsikan sesuatu.



Projek wakaf, masih ada beberapa ribu lot untuk diwakafkan..satu lot hanya RM 50...selamat memanfaatkanya, insyaAllah Dia akan berikan sesuatu yang kita tidak jangka akan akal pemikiran kita... ;-)

" kamu tidak akan sekali-kali mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sehinggalah kamu mendermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya "
Ali Imran : 92
Insan yang sedang belajar

Osman.Z