Wednesday, 26 September 2012

Pengalaman Oh Pengalaman

Assalammualaikum w.b.t

Hari ini dua perkara yang sangat menarik dan pakcik paling akan ingati dalam diri pakcik. Allah hadirkan suatu pengalaman yang cukup indah dalam perjalanan hari ini.

Pengalaman pertama ialah Little Scientist In Action. Ha apa dia program ni? Mesti korang terkejut kan. Sebenarnya program ni melibatkan murid-murid seluruh negara termasuk negara luar seperti Brunei dan Thailand (yang ni pakcik tak pasti). Program ini memberikan idea kepada pakcik, sebab pakcik akan aplikasi di sekolah pakcik posting nanti. Tercetus dengan kata-kata Dr. Zailah suatu ketika dahulu. Beliau berkata soala Sains hanya bersifat hafalan dan murid tidak ada unsur kreatif dan kritis. Maka program sebeginilah yang menghasilkan kreatif dan kritis dalam diri murid. Alhamdulillah Allah hadirkan program ini untuk memberikan pengalaman dalam diri pakcik.

Pengalaman kedua ialah kursus sembelihan ayam. Oh tidak!! Kalau dulu kerja pakcik cuma pegang kaki ayam tapi kali ini pakcik pegang pisau. Pengalaman pertama menyembelih ayam dan hasilannya GAGAL..Aduhai..Terkilan pakcik..Setelah post mortem..Didapati urat mari' tidak terputus bahkan tidak terjejas. Rupanya pakcik yang salah pegang masa tu..Patut la ayam tu rileks je boleh tegak lagi masa lepas kena sembelih..Ingat pengalaman itu mengajar kita.. Lepa ni berkobar-kobar pakcik nak sembelih ayam..hehe

Insan Yang Sedang Belajar
Osman.Z

 

Wednesday, 19 September 2012

Belum merdeka, langkah kanan profesion keguruan

Assalammualaikum..w.b.t.


Alhamdulillah sudah selesai VIVA yang sebenar. Apa VIVA? Bukan kereta Viva yek, tapi ia adalah pembentangan kajian tindakan. Syukur, lapang sudah dada, kepala, siku, lutut dan ibu jari kaki pakcik..Hehe

Sebentar tadi sudah selesai juga inovasi rekacipta pakcik iaitu lightscope yang merupakan suatu alat untuk membantu menjimatkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga elektrik dalam bangunan seperti gedung perniagaan dan sebagainya.

Dua perkara telah selesai. Mungkin ada yang mengatakan sudah merdeka, namun pakcik beranggapan belum merdeka lagi sebab semua ini baru permulaan dalam profesion keguruan yang sebenar. Jauh lagi perjalanan pakcik. Diharapkan pakcik tetap istiqamah dalam pilihan ini. InsyaAllah.

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Saturday, 15 September 2012

Semangat yang tidak pernah luntur...Sheikh Ahmed Deedat

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..Sempat jugak pakcik jenguk blog pakcik ni kan..Cuma nak promo sedikit la kan, pakcik cuba buka satu blog baru dan lebih skema sedikit..Salah satu sebab ialah pakcik sedang belajar nak jadi seorang penulis..Saja suka-suka dan salah satu impian pakcik tuh..Kalau nak sampai tahap macam Prof Kamil Ibrahim ke, Chef Li ke, Hilal Asyraf ke, Fatimah Syarha ke, Dr Redhuan Tee ke, idak le mampu pakcik ni..hehe..Tegur, kritik dan doakan pakcik ye..Ni blog pakcik, baru je start menulis so tak banyak la info yang ada..InsyaAllah lepas vaiva dan ekspo inovasi dan reka cipta ni, pakcik akan luangkan masa menulis lagi..Kalau boleh pakcik nak ada kritikan supaya pakcik belajar sesuatu..Ni link blog baru pakcik sudutpemikiran.blogspot.com   (sekadar promosi)

Pokok pangkalnya penulisan kali ini adalah kerana minggu ni pakcik banyak habiskan masa dan tumpukan perhatian kepada seorang tokoh Islam yang memberikan kesan yang mendalam dalam diri pakcik dan juga kita semua.. Iaitu Sheikh Ahmed Deedat atau nama sebenar beliau Ahmed Hoosen Deedat (rhm)



Tak tahu mengapa, kalau dulu sejujurnya pakcik pernah menonton video beliau berdebat dalam isu-isu perbezaan agama tapi masa tu penguasaan BI pakcik agak terok dan agak jahil sebab tak berusaha untuk memahami apa yang disampaikan. Ia seakan berlalu pergi. Namun minggu ini pakcik tergerak untuk menjejaki video, hasil penulisan malahan perbincangan atau maklumat dalam internet mengenai beliau.  Alhamdulillah Allah ketemukan apa yang pakcik cuba cari.

Video ini yang membuatkan pakcik terdiam dan terkelu bahawa betapa lemahnya pakcik ni...


Subhanallah. Bayangkan saat sembilan tahun sebelum beliau kembali ke Pencipta merupakan satu kisah perjuangan yang begitu hebat. Beliau diserang strok sehingga tidak mampu bercakap dan menelan. Tetapi kuasa Allah meliputi tiap sesuatu, beliau masih mampu mendengar, berfikir seperti biasa cuma tidak boleh untuk berkata-kata.



Tetapi bayangkan dalam masa sembilan tahun itu beliau belajar menggunakan isyarat mata untuk terus berkomunikasi dan berdakwah. Pakcik ingin bertanya diri pakcik dan kita semua, seringan-ringan perkara  berapa kali kita sampaikan sesuatu yang bermanfaat untuk agama, diri, orang lain (seagama atau tidak)? Adakah kita lebih senang untuk share perihal lagha? Perihal cinta murahan? Atau perihal menyampaikan kata-kata bermanfaat dan walau satu potong ayat? Maafkan pakcik kalau terlalu kasar, pakcik cuba mengingatkan diri pakcik ini juga..

Ini satu lagi video dimana seorang kanak-kanak membacakan apa yang hendak disampaikannya (dalam tengah-tengah rasanya) kepada Sheikh Ahmed Deedat ini saat beliau terlantar. 



Ringkasannya  kanak-kanak tersebut menyatakan (kalau ada salah tolong betulkan ye)
" ...and the Allah s.w.t said.... enough Mujahid (perkataan pakcik tak yakin apa) let your video, your books speak for you...."
Saat-saat ini. Air mata seakan mengalir. Ditambah riak beliau yang seakan sedih. Kenapa? Kerana bagi pakcik beliau ibarat Tsunami melanda, perginya beliau memberi kesan yang sangat mendalam dan bermakna..Semoga lahir lebih ramai yang lantang seperti beliau.

Beliau diserang strok dan terpaksa ditebuk dibahagian perut (kalau tak silap) sedangkan perjuangan beliau hebat. Disini kita perlu yakin ia adalah ujian Allah untuk meningkatkan darjat beliau disisiNya.

Patutkah Manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.
(Surah Al- Ankabut : ayat 2 & 3)
Maafkan pakcik andai apa yang pakcik sampaikan ini tidak kesampaian. Pakcik hanya berniat berkongsikan apa yang pakcik tergerak untuk menulis. Semoga ia mendatangkan manfaat kepada kita hendaknya. InsyaAllah.

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Friday, 14 September 2012

Nak Jadi Penulis..InsyaAllah...

Assalammualaikum..w.b.t...

Ha apa khabar korang? Pakcik saja je nak post benda ni sebab pakcik nak bagitau korang..tapi rahsia tau..hehe...pssst..psssst..pssssttt..

Sebenarnya pakcik baru je bukak blog baru, tapi skema sikit la yek..Bukan pe, pakcik penah ada impian nak tulis buku..Kalau stail pakcik tulis macam dalam blog ni, korang nak beli ke buku tu kan? Ha kompem tak (tak yah nak menipu la ko bedah)..haha...

Ni la blog baru pakcik..semoga korang akan komen, kritik dan sebagainya..janji pakcik dapat belajar sesuatu  kan..hehe...sudutpemikiran.blogspot.com

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Saturday, 8 September 2012

Bila Hati Dan Lidah Terkelu...

Assalammualaikum w.b.t...

Kalau sebelum ni penulisan pakcik banyak nak golak-golak kan. Sekarang cuba kita duduk, renung, muhasabah diri kita ini..

Cuba hayati video ni:


Ha bawah ni link ke video tersebut.

Seorang budak lelaki yang bila berdoa, dia tidak minta untuk diberikan semula penglihatan..Kerna yang dia mahu di akhirat kelak dia dapat pengecualian dihadapanNya. Terkelu hati dan lidah pakcik. Selama ini kita ada semua yang dipinjamkan olehNya namun adakah kita memanfaatkan pinjaman tersebut supaya kelak bila disoal apa yang dilakukan adalah perkara baik - baik sahaja. Lemahnya diri ini.

Semoga apa yang pakcik kongsikan ini membawa titik perubahan dalam diri pakcik dan juga pembaca. Semoga kita bertemu denganNya dalam keadaan yang bersedia. InsyaAllah.

Insan Yang Sedang Belajar

Osman.Z

Raya Terakhir Bersama Kamu Sahabat..:'(

Assalammualaikum..w.b.t..

Adui berdebu da belog ni pakcik rasa, maaf la yek..Kesibukan yang melampau, banyak bebenor kojenye yang hendak disetelkan sampai susut da badan pakcik ni (auta jek)..haha.. Ha penulisan mengomel pakcik kali ini nak kongsi la stori al kisah raya peringkat IPG baru-baru ni..Bukan apa bila pikir-pikir balik tinggal berapa hari je dapat bersama, tahun depan dah tak dapat la nak bersama-sama lagi..Semoga kita bertemu, berpisah dan bertemu semula (andai ada rezeki) kerana Allah...

Azam Mubin, Dayah Kecik, Acap Libero, Pika Kak Cik Power, Shuk Mastulen, Nabila Ninja Boy

Pakcik Buruoi, Syida, Shu Dry, Eli Malyshier, Pudin (x leh kutuk), Alex is inoasis
Sekitar menyiapkan juadah raya buat tetamu
Ha tapi banyak-banyak gambar, gambar ni paling mahal tau..haha

Ha sonyum-sonyum..sonyuman sape paling menawan



Bersama Tutor kesayangan ni weh...jangan jelez der

Bersama retis weh..legend2!!!

Erkkk!!! Sape kata da clash tak leh bekawan (kes tetentu je la)..haha..be profesional la kan..ok jek..hoho..So tak payah nk kontroversi sal kitorang lagi yek, lagi-lagi si Chip sorang ni..mmg da takdir kami kawan je kan..sekelas lagi pon kan..No heart feelin'..peace!!!
Anak-anak mari beratur, papa nak bagi duit raya ni yek...
Antara tetamu bertuah pada hari tersebut..Daud bersama ?????
Orang lain jaga kelas, kami pi serbu kelas orang...hahaha
Abang Long Chip merenung masa depan memikirkan bajet kawen dengan Eza..pening2!!
Bersama tetamu rakan seangkatan kami..


Kemain lagi si paris ni


Ha dan lagi..nampak-nampak?

Ha apa lagi, da alang-alang ada prop kan..Kita balun je la..haha
Gambar ni diambil masa merisik untuk adik kitorang, si Alex Is Inoasis..
Ha gambar ni masa kitorang nak merisik untuk dapat adik ipar baru..haha..baik tak abang-abang dan kakak-kakak ni? Haha
Jeng-jeng-jeng!!!!
Mula-mula malu kucing
Malu-malu juge...;-)

Malu lagi!!!
Hahahaha...selesai sudah majlis merisik..moh la kita bergambar sekeluarga lagi kan...hehe
Mari menggilokan diri jom.....

Opp..Opp..Opp...Oppah KoDiang Style..
Pape pon terima kasih daun keladi dengan berbekalkan kenangan ini..Pakcik akan ingat sampai bila-bila..kalau da tua kang anak cucu cicit tanya pengalaman pakcik, boleh la pakcik ceritakan semula kan..Mintak ampun mintak maaf kalau ada tersinggung ye...

Sebelum menutup penulisan pakcik ni, pakcik memang suspek la geng marhaban ni..Korang memang style la habaq hang..hoho
Geng-geng Marhaban...

Geng Marhaban terbaik!!!
 Ok Sekian yang tak seberapa dari pakcik..Mohon undur diri, keja banyak tak siap lagi nih..hadoi...

Insan Yang Sedang Belajar
Osman.Z 



Monday, 3 September 2012

Kecintaan Kita Bersama: Macam Adik-Beradik Dah

Assalammualaikum w.b.t

Ha hari ni pakcik cuma nak menceloteh (betul ke ni?) sebab ada sumting yang buat pakcik terasa sebak..Hanya sekeping gambar ni.. Ada beberapa hari lagi je kita akan bersama, gambar bersama buat kenangan yang tak kan dilupakan sampai bila-bila.  Ha kang kalau anak cucu cicit pakcik tanya ni gambar sape, kat mana, bila dapat la jugak pakcik ceritakan ye dak...


Cuma harapan dari pakcik, kalau tahun seterusnya ada antara geng-geng kita kawen awal...pakcik harap cukup la 19 orang ni bergambar bersama

Andai ada tersalah silap, ampun maaf dipinta dari pihak pakcik