Alhamdulillah. Masuk hari ini sudah masuk 5 hari pakcik di bumi Sarawak. Setakat hari ini pakcik masih berada di bandar Kapit dan insyaAllah esok akan bergerak masuk ke SK Bebangan yang merupakan pedalaman P3.
Nak dijadikan cerita ini pengalaman pertama pakcik naik belon (kapal terbang). Masa tu nasib ditemani kawan sekelas pakcik, Shuk. Kalau tak mati akal la pakcik. Maklumlah orang kampung kan. Kami berlepas dari KLIA sekitar jam 2 petang dan dijangka akan sampai di Kuching sekitar jam 4 petang. Pengalaman pertama semasa nak mendarat di Airport Kuching agak menyakitkan. Mungkin disebabkan penurunan secara mendadak menyebabkan rasa sakit dalam bahagian telinga. Woaa...Ini sungguh rare. Sakit juga telinga pakcik sampai petang hari tersebut. Tapi tak kan pakcik nak cakap "ok, ni la last aku naik kapal terbang". Mana mungkin sebab mana ada bas dari Sarawak ke Johor.
Bahan bacaan sebelum berlepas ke Sibu. Siyes pakcik nak cari semangat masa ni. |
Penerbangan seterusnya ialah dari Kuching ke Sibu. Sebelum kami menaiki pesawat berkenaan, maka berjalanlah seorang pilot melewati pakcik dan beliau adalah wanita. Terus terpacul dari mulut pakcik " ush perempuan kot yang bawak ni. Boleh ke? ". Beberapa minit kemudian kami mula bergerak masuk ke dalam perut pesawat berkenaan. Nak dijadikan cerita bagi pakcik normal lah penerbangan kali ini. Sampailah satu ketika pesawat berkenaan memasuki kawasan berawan dan agak tebal. Dan pada ketika itulah pesawat tersebut seakan STALL. Woa ini lagi rare. Adui!! dah la pakcik suka tengok rancangan Aircrash Investigation. Maka faham-faham je lah kan apa yang bermain dalam pemikiran pakcik pada masa tersebut. Alhamdulillah ianya gimik saja dan agak menakutkan bagi pakcik. Ok tapi pakcik respek dengan pilot tadi, penerbangan kali ini lancar saja kecuali semasa melalui kelompok awan tadi. Fuhhh...Seriau.
Pesawat yang ditugaskan penerbangan Sibu - Kuching...Best woa.. |
Keesokannya kumpulan yang bersama pakcik akan mula bergerak dari Sibu ke Kapit dan perjalanannya sejauh 126 KM yang memakan masa selama tiga jam. Ok ini pengalaman baru pakcik. Nak dijadikan cerita pakcik ni sebenarnya aquaphobia. Dan pakcik agak takut dengan kawasan berair yang luas dan dalam seperti laut atau sungai. Sebelum menaiki Express Boat ke Kapit, kumpulan pakcik berkumpul di bahagian atas jeti dan menghadap ke arah sungai Rajang tersebut. Serius adrenalin pakcik dah mula meningkat. Maklumlah sungai tu lebar dan luas kot. Ditambah papan tanda jarak sejauh 126 KM. Fobia beb fobia. dub dab dub dab je jantung pakcik ni.
126 KM ke Kapit..ohhhhhh |
Jeti di bandar Sibu..Orang sini panggil wap air.. |
Setelah perjalanan selama hampir tiga jam maka sampailah pakcik di bandar Kapit yang memang ohsem. Lupa nak cerita sebenarnya Express Boat tersebut lebih kurang menaiki bas saja dan agak selesa. Maka kuranglah sedikit fobia pakcik tadi.
Suasana sibuk bagi mereka yang mula bergerak melalui jalan air di sekitar Kapit dan kawasan berdekatan |
Pakcik bersama Ejat. Flight bersama namun beliau disekolah lain. |
Dan sekarang pakcik masih berada di bandar Kapit dan menunggu guru besar sekolah pakcik ambil untuk ke Sekolah Kebangsaan Bebangan yang merupakan pedalaman P3. Makluman yang pakcik terima, kawasan sekolah tersebut ada banyak ikan. Alhamdulillah, takde lah pakcik risau nak cari sumber makanan apa nanti kan. Dapatlah pakcik nak buat ikan pekasam nanti..hehe
Sekian coretan dari pakcik. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmatNya dan dipermudahkan perjalanan sebagai pendidik ini.
2 comments:
rare pakcik rare wakakka
haha..pakcik sungguh takut...nantikan part 2: ceperet!!
Post a Comment