Saturday, 12 November 2011

Terima Kasih Sahabat...

Assalammualaikum w.b.t...

Sumber: google image


Selama pakcik hidup hingga kini antara yang membuatkan pakcik agak terkesan ialah siapa mereka yang bernama sahabat dalam hidup pakcik. Pakcik ada sebuah kisah tentang seorang sahabat pakcik yang pakcik akan terhutang budi sampai akhir hayat pakcik.

Kisahnya bermula begini, masa zaman sekolah dulu pakcik telah mengalami masalah penglihatan biasa iaitu rabun jauh. Masa tu pakcik belum memakai cermin mata dan disebabkan itu, pakcik terpaksa bergantung kepada sahabat pakcik ni. Dia merupakan mata bagi pakcik. Kalau apa yang disalinnya betul maka betul lah pakcik dan kalau salah maka seratus peratus pakcik ikut salah.

Sahabat pakcik ni agak baik dan terkadang kala pakcik yang nakal pada masa tu ada la juga dengki buli-buli sikit kan. Ye la masa tu hidung pon berhingus lagi memang la gitu kan. Kenangan-kenangan.

Masa kian berlalu meninggalkan kenangan kami dan pakcik tidak dapat berhubung dengan beliau. Sampai lah satu masa pakcik terjumpa beliau di laman muka buku dan bila ditanya beliau sebenarnya agak malu dengan apa yang dilaluinya.

Bagi pakcik beliau antara kekuatan pakcik hingga ke hari ini. Namun apa yang dilaluinya amat berbeza dengan siapa beliau sebelum ini. 

Sahabat kalau kamu membaca tulisan pakcik ini, hayatilah ini;


Sabda Rasulullah S.A.W: "Jalanilah hidupmu di dunia seakan-akan seperti seorang asing atau pengembara" (Al-Hadith)


Sumber: Buku La Tahzan Edisi 2, m/s 333


Bagi pakcik apa yang terjadi tidak menlemahkan atau memalukan kita tapi bagaimana kita menghadapi secara kreatif akan sesuatu menunjukkan siapa kita sebenar. Bagi pakcik beliau adalah salah seorang yang pakcik kagumi. 

Pengorbanan dan kesusahan hidup beliau dijadikan kekuatan dalam diri.

Semoga Allah permudahkan urusanmu dunia dan akhirat wahai sahabat.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Friday, 11 November 2011

Lamanya Tak Menulis...Tips kekalkan motivasi studi...

Pakcik sebenarnya agak la stuck pale hotak ni mencari idea nak menulis. Idea dah ada tapi nak dikembangkan tu la agak kesukaran sedikit. 

Buat masa ini pakcik nak kena fokus kat exam, bukan ape banyak sangat melalutnya dah tu dah dekat exam baru kelam kabut nak studi. Hehe.

Biasa la lelaki kan. Tapi dikala last minut punya studi ni pakcik ada beberapa tips nak bagi kat korang macam mana nak kekalkan motivasi studi ni.

1. Studi biar smart: buat nota ringkas yang penuh berwarna warni

2. Letak wallpaper atau note yang penuh kata-kata perangsang bagi kita senang lihat setiap masa.

3. Elakkan bagi tekanan dalam diri sendiri.

4. Biar sedikit dari tak de langsung.

5. Lepaskan tekanan dengan cara yang berhemah.

6. Tanya lah orang lain kalau dah tak paham tu kan.

Hah tu je la pakcik nak kongsikan, bukan ape tak de idea sebenarnya ni. haha.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z

Tuesday, 1 November 2011

Kisah Sepasang Kasut Lusuh

Mak: Emm...adik minta mak duit sikit, katanya cikgu minta bayar untuk beli buku. Tapi duit upah menoreh mak belum dapat lagi, boleh mak pinjam duit kakak?

Kakak: Mak ambil lah duit kakak, tak pe kakak tak perlukan duit itu buat masa ini.

Mak: Terima kasih ye kak. Kakak kalau dah berjaya nanti jangan lupa dekat adik-adik ya. Ayah kamu dah lama tak de, mak sorang je yang nak besarkan kamu semua. Kita memang orang susah tapi kita jangan pernah mengeluh akan apa yang kita lalui masa ni.

Kakak: InsyaAllah, kakak akan buat yang terbaik dan akan balas semua jasa mak.

Setelah selesai urusan pengerluaran wang di bank (gaya macam duit bantuan persekolahan je), dua beranak ini pon keluar namun hujan renyai-renyai mula membasahi bumi ketika itu

Kakak: Basah stokin aku ni, tak pe la da habis sekolah dah pon. (dalam hati)

Mak: Eh kenapa tercegat kat kaki lima tu, dah jom balik.

Kakak: Ye mak, saja temengelamun tengok hujan turun ni.

Motosikal Honda C70 yang agak uzur ini pon mula dihidupkan, sekali pandang mungkin ini kenderaan rasmi keluarga ini agaknya. Pakcik agak terkesan dengan apa yang pakcik lihat pada hari itu, sebenarnya dialog di atas adalah imaginasi pakcik je. Tapi kisah kasut pelajar tersebut membuatkan pakcik agak terkesan.

Masa tu pakcik baru sahaja sampai di bank dan seperti biasa bila nak pecahkan akaun, pakcik akan mula beroperasi. Belum sempat pakcik buka helmet dan matikan enjin motor, tetiba pakcik terpandang dua beranak ini dan secara tidak sengaja mata pakcik terus terpandang kasut yang dipakai pelajar ini.

Bagi pakcik kasut yang dipakainya terlalu uzur dan jika pelajar tersebut berlari dengan pantas akan menyebabkan segala isi kasut tersebut terburai. Serius tidak dapat digambarkan.


Ni kasut pakcik tak de lah uzur mana, tapi kasut pelajar tersebut sukar pakcik nak gambarkan...

Ya ini adalah salah satu situasi yang berlaku dan mungkin kita akan ketemui suatu hari nanti. Moga apa yang dilalui keluarga tersebut memberikan kekuatan dalaman bagi si anak tersebut.

Pakcik agak terkilan kerana kini pakcik hanya menulis mengenai kisah kasut lusuh pelajar tersebut namun pada masa tersebut pakcik tak dapat berbuat sesuatu. Maafkan pakcik.

Akhir kata dari pakcik bagi kita yang agak mampu ini, sekiranya anda berada dalam suatu keadaan yang memerlukan anda membantu insan lain. Jangan takut untuk jatuh miskin atau sebaliknya, hulurkan seberapa yang anda mampu. Kerana jika anda ikhlas maka insyaAllah, Dia akan menghadirkan sesuatu dari mana anda tidak jangkakan.

Sekian sahaja dari pakcik. As salam.

Insan yang sedang belajar

Osman.Z