Assalammualaikum w.b.t..Hai pak cik teringat suatu ketika dulu pak cik telah buat satu kerja gila masa duk kat maktab. Ha nak tau tak???
Kisah nya begini, suatu hari pak cik pergilah ke pasar basah. Sampai kat sana pak cik terus pergi kat sorang pak cik tua yang jual ikan. Pak cik selalu beli dengan pak cik tua ni sebab dia jual murah la jugak. Ok ikan yang pak cik beli ni ikan kembung kecil @ temenong @ pelaling kot orang akan panggil. Murah je masa tu.
Dipendekkan cerita pak cik wat eksperimen bagaimana orang buat ikan masin. Pak cik lumur garam pas tu masukkan ikan-ikan tadi dalam bekas yang diikat kemas. Garam tu kena sukat jugak, tak boleh banyak sangat nanti akan sebabkan ikan terlalu masin. Tak silap pak cik, pak cik biar dalam dua tiga hari jugak la.
Ha sampai la masa pak cik keluarkan dan jemur ikan-ikan tu kat ampai baju depan bilik. Haha. Dah la pak cik duduk bawah sekali, kompem orang akan nampak. Tapi pak cik relaks je la kan, bukan pak cik buat salah ke pe. "ada mak kisssssaaaaaahhhhhh".
ni la rupa ikan kembung kering tu...tapi ni gambar cilok dari orang lain..mintak halal ek |
Ok sekarang pak cik akan ceritakan resepi yang pak cik adaptasi dari resepi masak goreng bercili tapi pak cik ubah suai jugak la.
IKAN KEMBUNG MASIN MASAK PEDAS MASAM-MASAM MANIS (bukan cerita P.Ramlee tu yek)
Apa yang diperlukan ialah:
1) Pertama yang paling penting ialah baca bismillah jangan dilupa dan KEIKHLASAN. Haha. Ye la bayangkan kalau masak dengan terpaksa, so baik korang beli je kat kedai lagi senang. Buat sakit hati je.
2) Kedua bahan-bahan dan peralatan nak memasak, kalau tak de macam mana nak masak kan.
Bahan yang diperlukan:
1) Ofkos la ikan kembung masin tu. Pastikan yang sekor-sekor bukan belah ke ape yek. Biasa kembung masin orang tak belah dua. Kalu nak syok korang guna ikan parang yang dijeruk atau kering lagi syok tapi mahal sikit la.
2) Bawang merah, bawang putih (diblend bersama-sama).
3) Cili Padi (kalu boleh korang tumbuk la sebab nak bagi halus sikit (kalau blend kurang sesuai sebab tekstur terlalu halus).
4) Tomato (dipotong dan sebahagian diblend supaya dapat ala-ala pati bukan PATI ye)
Cara Memasaknya pulak:
1) Panaskan minyak dan goreng ikan kembung masin tadi dan tidak terlalu garing. Ini supaya ikan akan bertekstur rangup.
2) Gunakan minyak baru dan panaskan (pak cik tak galakkan korang guna minyak gorengan tadi sebab sedikit sebanyak akan ganggu aroma bawang dan cili padi. Agak-agak da puas hati masukkan bawang merah dan putih yang da diblendkan tadi. Biar tumis secukup rasa ye.
3) Kemudian masukkan pula cili padi yang ditumbuk tadi (kalau suka pedas masuk banyak, kalau tak secukup rasa je pon ok da).
4) Masukkan pati tomato pula dan kacau perlahan-lahan. Pastikan kuah agak sedang-sedang keringnya sebab bukan nak masak air dan resepi ni goreng kering sikit.
5) Agak-agak da puas hati korang campak dengan sepenuh hati ikan kembung masin yang telah digoreng tadi. Fasa ini agak kritikal kerana korang perlu balance kan rasa pedas + masam + manis + masin.
Pak cik ada tips nak bagi balance rasa:
Pedas:Wujud disebabkan kadar cili padi yang korang letak tadi, nak cover boleh campur gula sedikit.
Masam: Hadir apabila korang masukkan pati tomato tadi.
Masin: Kurangkan garam sebab ikan kembung masin tadi akan hadirkan kemasinan. Kalau tak rasa baru la letak ye.
Manis: Bergantung kepada jumlah gula atau manis itu dari pati tomato (kalau lidah korang sensitif la yek) dan manis akan datang kalau korang buat senyuman manis masa nak merasa tu. Tak percaya try lah. Tu pak cik jenis tak suka senyum sebab senyuman pak cik manis...ceeewwwaaaaahhhhhh...
Bagi lelaki lidah mereka kurang sensitif berbanding perempuan so korang suruh la orang rumah tu rasakan. Baru nampak caring kan, fuyoooooo husband masak untuk wife tu. Tapi pak cik bujang lagi terpaksa la guna lidah bujang ni. Hehe.
6) Bila korang da puas hati dengan keseimbangan semua rasa tu boleh la dicampak tomato yang dipotong sebagai hiasan dan cili merah dipotong (bentuk terbuka empat-hiris jadi empat bahagian tanpa terputus di tampuk)
7) Semasa hidangan tu korang potong la sedikit daun bawang atau daun sup supaya menghadirkan kehijauan dan kan nampak menarik.
Ha mudah je kan resepi pak cik kali ni. Bayangkan korang baru kawen dan satu hari husband ni cakap kat wife dia yang dia nak masak. Fuuuhhhhhhh.... Sweet je kan..Hehe. Over pulak pak cik ni. Ye la umur gini de la jugak terbayang nak sampai tahap tu kan, cuma jodohnya enggak sampai lagi dong. Tak pe lah insyaAllah ada la nanti.
Ok sekian resepi dengan ikhlas tulus murni dari pak cik kali ini (macam raya pulak). Selamat mencuba!!!. Ha lagi satu lagi bagi la jiran-jiran sebelah rasa, bau je sampai rumah diorang tu kang.
Insan yang sedang belajar
Osman. Z